Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday 28 April 2011

Kabin Premium AirAsia X

Ramai orang tanya, macam mana agaknya servis untuk Kelas Premium dalam penerbangan tambang rendah jarak jauh, AirAsia X. Meh la aku ceritakan..


Sebelum korang masuk kabin kapal terbang, korang kena lah tau apa jenis siri atau model kapal yang korang naik.
AirAsia X buat masa ni cuma ada 2 jenis je kapal, Airbus 330-300 (macam dalam gambar kat atas ni) dan satu lagi Airbus 340. Macam mana korang nak tau jenis kapal tu? Senang je..masa jalan nak naik kapal tu korang tengok kat sayap kapal terbang tu. Korang nampak lah enjin pesawat tu. Kalau satu enjin pada setiap sayap, maknanya korang naik kapal terbang dari siri Airbus 330-300. Tapi kalau korang nampak ada 2 enjin pada setiap sayap, maknanya yang korang naik tu Airbus 340. Macam tulah. 

Untuk kabin pesawat, terbahagi kepada 2 bahagian. Kabin Premium dan kabin ekonomi. Biasalah, nama pun kelas Premium. Jadinya, tempat duduk lebih selesa..kat depan plak tu.


Nah! Nilah tempat duduk kelas Premium. Selesa tak? Kelass ko Maria..selesa giler..Mana dapat kat penerbangan lain tempat duduk kelas perniagaan (Business Class) dengan harga tiket yang rendah. Memang berbaloi. Tempat duduk kelas Premium ni boleh dijadikan tempat tido bila diturun. Ruang kaki yang luas lagilah buat korang tambah selesa. Bukan tu je, Ada lampu bacaan peribadi, meja makan yang luas untuk kegunaan penuh, tempat letak kepala dan kaki yang boleh dilaraskan ikut keselesaan masing-masing. Ada aku kisah korang nak buat kerusi tu macam mana, janji ikut suka korang jangan sampai tercabut sudah.

Bukan setakat tu je, kerusi dah best..dapat pulak bantal dan duvet sorang satu (bukan untuk bawak turun ya!). Makanan dan minuman untuk kelas Premium disediakan percuma. Korang bleh pilih dari menu makanan Asia atau Barat bila buat tempahan tiket. Penerbangan dibawah 8 jam, dapat sekali je makan dan lebih dari 8 jam ada 2 kali makan..sekali lepas berlepas dan sekali lagi sebelum mendarat. Tapi makanan atau snek tambahan, kenalah beli yer..harga sangat berpatutan. Tak mahal pun.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari link ni untuk tengok dan feel kabin Premium AirAsia X. Siap dengan harga tiket skali. Jadinya, mana-mana destinasi yang berkenan kat hati, terus je beli..nanti melepas plak..satu lagi, janganlah Tanya saya kot-kot ada tiket free atau tiket murah. Blomlah lagi dapat nak bagi yer..SALAM ASEAN!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
Designed By Blogs Gone Wild!