Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, 1 May 2011

Kampung Lobak Thai Seafood & BBQ, Seremban

TT ni punya hobi yang menarik tertariks ko memang dabooommm katanya. Slalu dalam karangan sekolah, kawan-kawan TT tulis hobi diorang membaca, melancong, menonton wayang dan macam-macam lagilah yang very the sceptical..bila sampai je kat TT, TT tulis.."hobi saya adalah makan"..ko mampu? Tak makan hati supernova model of the year tengok badan TT yang melets tapi kuat makan..hadoooo!!

Baru-baru ni TT ternampak satu restoran ni. Very cool and relax sebelah stesen minyak yang TT selalu pegi sampaikan pam attendant dah kenal TT (verangan diva). Mula-mula TT was-was gak nak terjah, manalah tau..kot-kot restoran yang menghidangkan makanan esotik. Mana mampu TT nak makan. Dah nama kaki makan, TT beranikanlah masuk jugak restoran tu.


Tempatnya memang santai. Dengan background muzik Thailand. Rupanya restoran ni, restoran makanan Thai. Fulaweyy, apa lagi senyum besar lah TT. Susunan meja yang simple tak fancy pun. Pelayan pun ok-ok jer. Tengook menu, kecur liur TT. Mana tidak menu masakan Thai. Lazat ko! 

Antara menunya adalah tomyam, Thai Green Curry, somtam, kangkung belacan, ikan stim dan kerang bakar. Sos cicah pun bukan sos cicah yang biasa..ni Thai punya sos cicah. 


Menu pilihan TT, tomyam seafood saiz kecil RM8, kangkung goreng belacan saiz kecil RM8, kerang bakar harganya pun RM8 dan ikan talapia masak stim harganya RM30 seekor siap masak. Sebenarnya TT order ikan kerapu, skali waitress yang amik order TT silap order, di hantarnya ikan talapia..TT ok je. Janji dia tak hantar anak ikan, meroyan kejap TT. 


Kalau korang tengok dalam gambar kat atas ni, sebelah kanan tu adalah kolam ikan..ada 3 tingkat. Jadinya, setiap ikan yang di masak adalah ikan segar. Korang bleh pilih sendiri ikan mana yang memenuhi criteria nafsu makan korang. Yang sebelah kiri tu adalah kaunter BBQ. Kat sini bleh lah korang pilih udang, kerang, sotong dan ketam untuk tambah dalam menu hidangan korang.

Bukan tu saja, tempat letak kereta pun ada, free of charge lagi. Memang TT promote la kat korang tempat ni. 



Tempat ni senang nak cari. kalau korang biasa dengan area Lobak, Seremban..tempatnya betul-betul belakang stesen minyak Petronas Jalan Lobak. Dekat jugak dengan Sekolah Puteri, Seremban. Tepi jalan je. Lagi senang TT cakap dekat dengan Taman AST. Korang gi makan kat sana, nanti share dengan TT apa korang nyer feedback..SALAM ASEAN!


3 comments:

Lagenda said...

Nok..Restoran lobak ni, dekat dgn MPRM yek?? Klu tak salah mak ler..ke mak yg salah tgk yek?

Ekekeke..

kojie said...

akak mmg slh..restoren ni di lobak..sngt jauh dr MPRM....hahaahahha

Rama2Ungu said...

haa, boleh cuba ni...tp nak kene riki tmpt jgk la..agak fail area2 lobak tu..tp tgk map tu cam dpt gak bayang2 mn doknya tmpt tu..ngeeehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
Designed By Blogs Gone Wild!