Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, 4 May 2011

Tehran, Iran

Ntah macam manalah TT bleh terjebak nak berjalan sampai ke Tehran, Iran. Kalau tak sebabkan tuntutan kerja, takdelah TT nak melenjan merempit sampai sana. Baik TT dok rumah sambil layan ASTRO.

Untuk pengetahuan geografi korang, Tehran ni adalah ibu negara bagi negara Iran. Terletak di bahagian utara bandar utama Iran dibawah banjaran Gunung Alborz dan berkedudukan 1200 meter diatas paras laut. Secara purata, Tehran mengalami keadaan cuaca bersuhu sederhana. 





Tempat pertama yang TT terjah adalah Azadi Square. Dalam bahasa Parsi, Azadi bermaksud Kebebasan. Menara ni muzium sbenarnya. Bleh masuk dalam menara ni.



Lepas puas berposing ala ANTM kat situ, TT merempit plak gi Tajrish Square. Kat sini ada Tajrish Bazaar. Bazaar tempat jual sayur dan barang-barang tempatan Iran. Menarik gak. Puas lah jamu mata.







Penat yer TT melayan cameraman dok sibuk nak snap gambar TT..verangan bangat nih! Sebenarnya dari sini bleh pegi ke Saadabad Palace. Naik teksi dalam 10 minit la. Tapi sebabkan dah lewat petang TT tak sempat nak pegi. Maybe trip yang lain baru pegi kot..


Kobis pun jadi hiasan tepi jalan yer...


Masjid di Tajrish Square

TT akan update lagi Tehran Part 2..sebab belum habis lagi TT ronda Tehran ni, kiranya blom explre race lagi lah. Sebab kawan-kawan TT dah sampai gi main ski kat gunung tu. Menci tau..!! 
Kalau korang ta sabar sangat..korang tekan lah sini. Bleh baca lagi tentang Tehran, Iran. 

Setahu TT, AirAsia X je ada direct flight gi Tehran ni. Murah je..SALAM ASEAN!

2 comments:

Lagenda said...

Jelesnyaaaaaa tgk ko pi jln sini sana dik!

Travel Rizal Zakaria said...

Dah keje Mak..kalau tidak xmaknanya nak berjalan. Jalan depan rumah sajork..hahah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
Designed By Blogs Gone Wild!