Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, 6 May 2011

Universal Studio Singapore

TT dapatlah cuti panjang skit. Tak tau nak buat apa, TT terjah website Universal Studio. Huii..menarix perhatian TT sangat-sangat. Sebab TT penah pegi Universal Studio US sebelum ni. Jadinya, nak lah tengok Universal Studio Singapore pulak. Dengan pantas, TT booked tiket flight, Universal Studio dan hotel.




Girang tak terkata la. Pagi-pagi tu, dah naik flight gi JB. Sebab TT masuk Singapura ikut jalan darat. Thrill skit. Lagipun, jimat sangat. TT sampai kat Universal Studio dalam pukul 12.00 tengahari. Sebabnya, sibuk bergambar dulu kat Marina Sand Hotel. Cantik la hotel ni..TT simpan angan-angan dah nak stay kat sini.


Depan entrance pun TT dah pose cantekk..(cantek ke??). Walaupun panas, tapi tetap ku tahan. Excited tahap Oprah Winfrey nih. 


Sci-Fi City ni penuh dengan permainan yang best. Yang paling best 2 jenis roller coaster, Battle Star Galactica Human (line Merah) dengan Battle Star Galactica Cyclon (line Biru). Korang naik Cyclon dulu baru naik Human. Memang best walaupun TT takut mula-mula nak naik. Mana tidak..gayat woo..


Set filem blokbuster Water World. Memang best show dia..habis basah TT yer. Basah sebab aksi stunt guna jetski dan boat yang mantap meletopp!! Suka lah pada adik-adik yerr..sebab main air. Kalau kt sini TT pesan tak yah pakai baju macam nak gi Oscar Award ya..pastu tak yah nak control ayu..tak laluh!


Next stop, Far Far Away. Sini ada show Shrek 4D Adventure..bukan 4D nombor ekor tu, tapi screen 4D lah. Memang best dan lucu. Ni yang paling TT suka. Untuk adik-adik maksud TT kanak-kanak, bleh join Donkey Live..screen interactive ala-ala karaoke dengan karakter Donkey. Pastu bleh naik roller coaster Enchanted Airways. Kecik-kecik cili api, nak tercabut wig TT iyer. TT suka view dari atas Enchanted Airways ni sebab nampak hampir semua Universal Studio Singapore masa kat puncak rel sebelum menjunam ke bawah..


Madagascar ni masa TT pegi, blom bukak lagi. TT sekadar pose-pose manja je lah depan tu. Kalau bukak sure best sebab TT suka sangat kat Gloria...comel laa..


Dah habis pusing semua nilah antara shot-shot gambar yang TT suka. Sebab ceria  kat situ. Dalam gambar tu, korang nampak tak ada tulisan Monster Rock. Tempat tu adalah auditorium broadway. Diorang nyanyi live yer lagu-lagu semua.  TT lupa amik gambar dalam tu sebab sibuk menyanyi dan menari. Hebat!!


Lebih kurang dah malam baru TT kluar dari Universal Studio Singapore. Memang puas hati sangat walaupun penat. Sebelum kluar, TT sempat la bershopping kat situ. Untuk memori katanya..udahhh!! Tapi memang la TT rekomen kat korang untuk pegi sana pada sapa-sapa yang blom pegi..tak rugi.

4 comments:

lagenda said...

Sonok erk pi sana?? mak x pergi pun situ nok..

Rizal Zakaria said...

sonok mak..kena pegi yerr

Rama2Ungu said...

waaahhh...sonoknyaa...tak penah lagi sampai sana...kesiaaaannn..

Rizal Zakaria said...

@ReramaUngu..gi la nnt bila choti..sonok sgt!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
Designed By Blogs Gone Wild!