Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 16 May 2011

Jeddah, Arab Saudi

Acik-acik sure suka entry TT kali ni. Pasal TT nak bawak u ols gi Jeddah, Arab Saudi. Dah lebih 10 kali TT sampai sini. Memang seronok laa..sebab selain bleh gi umrah, TT sempat gi shopping. Kalau u ols nak tau, perjalanan dari Jeddah ke Mekah cuma amik masa lebih kurang 2-3 jam ikut darat. Dekat je u olss..tapi kalau dari Jeddah nak ke Madinah, tu yang jauh. Amik masa lebih kurang 1 hari baru sampai ikut jalan darat. Excited tak? TT tau u ols sure dah very the girang gumbira kan..kalau dari KL, u ols naik je MAS atau Saudi Arabia. Penerbangan terus tanpa henti..eh!! tetiba saja TT buat iklan..haiyoooh!


TT cover citer Al-Balad yer..Al-Balad ni tempat nya luas. Ada banyak bahagian. Jadinya, tempat untuk bershopping barang yang pemes kat Souk Al Alawi, terletak dari bahagian barat hingga ke timur Al Balad. Amik u ols..besau tak besau. 



Ada macam-macam yang u ols bleh beli. Orang Arab ni suka sangatlah perfume dengan make up..apalagi, harga memang tersangat murah pastu ada banyak choice. Bukan takat tu je, ada jual beg, jam, rempah, coklat dan barangan asli Arab macam jubah, buah kurma and carpet. Ada jugak sejadah, tasbih dan Al-Quran. Kiranya kalau yang nak kawin sini bleh la bli barang hantaran dan giveaway untuk majlis u ols tu..


Dalam ni jugak ada lorong-lorong. Bukan lorong-lorong iteww yerr..ni lorong jual barang. Kena lah meredah satu-satu. Ada jugak bahagiaan yang jual wholesale..sini murah skit la. Beli pukal harga lagi rendah. Tempat ni la TT slalu gi borong barang u olss..tapi harganya tidak lah tetap sebab ikut musim. Bukan musim orang mengandung or musim menuai tapi musim umrah dan haji. Kalau musim umrah, harga murah skit. Kalau awal musim haji..harga ala-ala. Masuk pertengahan dan hujung musim haji..tu diaaa...harga naik lagi. Tapi kalau jenis yang kaki shopping tu, tak kira musim apa pun dok bayar je. Kat sini, u ols bleh la bargain-bargain. Macam TT tak tau, tu yang u ols nak tau dari tadikan. Dah bargain gtu, blilah jangan tak beli plak. Kesian pak arab tu..


Dekat souk ni, u ols bleh jumpa macam-macam orang. Dari Filipina, Nigeria, Indonesia, Thailand..bleh kata satu dunia ada sini. Orang Arab sendiri kalau kita nak jumpa susah..memang ada tapi diorang tu dari negara-negara jiran Arab Saudi macam Bahrain dan Oman.

Sebabkan Arab Saudi negara Islam, jadinya bila masuk waktu solat semua kedai akan tutup sementara. Masjid atau surau terletak lebih kurang 100 ke 200 meter je jarak antara satu sama lain. Dan hari jumaat, Souk ni cuma akan dibuka selepas waktu Asar hingga lewat malam.


Pembangunan di bandar Jeddah agak sedikit perlahan. tak banyak bangunan tinggi. Tapi oklah. Cuma sesetengah jalan raya agak sibuk pada waktu puncak. Kalau u ols nak tau, Jeddah takde parit atau longkang ok..kalau korang ingat tahun 2009, Jeddah dilanda banjir besar. Ada satu terowong tu air naik tak sampai 5 minit dah penuh. Sebabkan sistem parit diorang ni agak kureng skit. Kalau u ols datang masa musim sejuk, tak lah sejuk sangat..manja-manja je..tapi jaket kena pakai la. Musim panas..haiyooo..pitam TT jap..memang panas sebab udara dia kering dan berdebu. Jangan gatal-gatal pakai singlet plak kluar..nanti kena rejam yer. 




Aiyoo..TT lupa nak bagitau u ols pasal dress code kat Arab Saudi ni. Yang pompuan kena pakai arbayah atau jubah hitam dengan tudung yer bagi yang Islam. Yang bukan Islam, kena gak pakai arbayah tapi untuk kepala cukup guna selendang saja. Yang lelaki, kena pakai sopan..yang fonen..TT lareekk dlu sebab TT no komen..mulehhh??

Kat sini hotel dan makan murah. Ikutkan secara kasar, tukaran duit SR100 sama dengan RM80. Ni kalau bukan waktu puncak. Sebabkan SR bleh jadi 1 kepada RM 1..macam tulah. Tetiba TT jadi penganalisis kewangan..suka tau u ols nih..

Tapi dah sampai Jeddah, kalau sempat tu..gi lah umrah. Tak jauh pun macam TT cakap tadi. Balik umrah, baru shopping. iyerr..tak gitu? SALAM ASEAN!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
Designed By Blogs Gone Wild!