Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 2 May 2011

Apa Dalam Poket Kerusi AirAsia X?

Sebelum ni TT tulis tentang kelas Premium AirAsia X. Ni TT nak cerita pulak apa ada dalam poket kerusi AirAsia X. Bila korang dah duduk, korang ada selongkar tak poket kerusi tu? Sure ada kan..tapi korang tau tak apa yang korang selongkat tu? TT harap korang tau lah kan..


Selain untuk korang letak barang macam makeup la, botol air la..beg kecik la..dalam poket ni ada macam-macam risalah yang korang bleh jumpa. 


Risalah Keselamatan ni paling penting. Korang kena baca tau risalah. Memang takde citer atau petua kecantikan tapi dengan risalah ni korang bleh tau arah keluar, cara pakai jaket keselamatan, cara keselamatan semasa kecemasan dan ciri-ciri keselamatan yang ada dalam kapal terbang yang korang naik. TT harap korang tak buat kipas plak risalah ni.


Paling TT suka menu makanan ni. Sebab dalam menu ni, ada macam-macam pilihan makanan.   Pada pendapat TT, harganya pun berpatutan. Tak lah mahal mana pun. Tak silap TT, menu ni akan diperbaharui setiap 3 bulan sekali. Bagus lah..tak delah kita tengok makanan yang sama je. Bila time meal servis tu, korang amik menu nih dan pilih mana nak. Jangan lah pulak mintak benda yang tak de dalam menu..nampak sangat tak reti baca menu.



Aqaq-aqaq kaki shopping tu, nilah risalah yang patut di selak. Kalau kat airport tak cukup-cukup bershopping, kat dalam risalah ni bleh tambah lagi barang yang tak sempat dibeli. Ada banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Duty free on sky..katanya. Seat, Relax and Shop! Cara bayaran, tunai sahaja..ada pilihan minyak wangi, aksesori wanita, jam dan macam-macam lagilah. Calon gf and bf tak disediakan dalam risalah ni yerk!


Majalah Travel 360 ni majalah rasmi AirAsia. Terbit setiap bulan. Banyak info menarik dalam ni. TT suka sangat tapi tak bleh bawak turun..bacaan dalam pesawat sahaja. Ada jugak contest-contest yang kita bleh masuk. Dapat hadiah yang best. TT suka sangat tau. Untuk bulan May 2011, cover Travel 360 sangat comel..suka sangat!


Yang ni bukan kertas tulis nota, bukan tisu paper atau pun face mask. Tapi ni beg mabuk udara. Kalau korang nak muntah, muntah dalam beg ni dan buang dalam tong sampah kat dalam toilet. Hygenic skit..ada jugak yang gunakan beg ni untuk buang sampah..itu dah salah guna namanya.

Jadinya, TT harap sangat korang dapat skit idea tentang apa yang ada dalam poket kerusi. Sekurangnya, korang takdelah bosan bila flight tu lama sangat. Ada gak bahan bacaan dalam penerbangan..kan tak gitu?? SALAM ASEAM!

3 comments:

Lagenda said...

Owh...bnyk gak brg2 yg ada dlm pocket kerusi tu yek??

Rizal Zakaria said...

banyak Mak..takde peti sejuk dengan microwave saja..

RerameUngu said...

hohoho..dah lama tak merasa naek flight..dulu slalu jugak, smpai satu masa naik bosan..tapi kan, setiap kali naik AA, mesti selongkar poket krusi dia. Nak tgk ape yg best2..especially part soping atas langit n mknn tu..kehkehkeh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
 
Designed By Blogs Gone Wild!